Selepas solat,
Terasa ketenangan yang dicari selama ini telah kutemui,
Tanpa ku sedari,
Air mata mengalir tanpa dipinta,
Mengapakah ianya bakal berlaku?
Sedang ku tertanya sendirian diatas tikar sejadah,
Ya kematian.
Perkara yang sering berlayar layar di dalam kepala ku,
Tapi mengapa tiba tiba?
Persoalan ini sering ku tujukan pada diri sendiri,
Tatkala merenung dinding yang kosong,
Diriku mula terbayang waktu ku diusung setelah nyawaku ditarik,
Terfikir ku sejenak...
Adakah mereka bakal menangisi pemergian ku?
Adakah aku penyebab mereka bersedih?
Apakah yang bakal mereka hadapi setelah ketiadaan ku?
Sedihkah mereka?
Ataupun..
Gembira?
Yaaa
Mungkin mereka gembira dan mungkin tidak,
Tetapi mengapa tidak?
Bukankah mereka lebih suka jika aku tiada?
Bukankah apabila aku tiada bakal membuatkan mereka tertawa riang?
Lahirnya aku berteman,
tetapi,
Perginya aku tanpa seorang pun teman,
Lahir dan perginya aku semuanya bertemankan tangisan,
Kedukaan dan Kegembiraan,
Betapa ku terfikir,
Apakah khabar ibuku?
Bapaku?
Kakakku?
Abangku?
Saudaraku?
Teman sepermainanku?
Apakah perasaan mereka setelah aku pergi?
Apa kata teman teman ku yang pernah ku sakiti hatinya?
Jiwa meruntun hiba tatkala tanah luas terbentang menantiku masuk kedalamnya,
Di dalam dada masih mengharapkan keredaan Allah S.W.T
Di dalam dada masih mahu bersama sama dengan mereka
Di dalam dada masih mengharapkan mereka gembira
Sehari bakal berlalu,
Hari - hari ku dipenuhi dengan debu dan tanah,
Sekeliling ku bagaikan sepi tanpa suara,
Betapaku kesunyian,
Tiada teman untuk berbual
Tetapi...
Hanya bertemankan semut dan ulat yang menjamahi jasadku,
Emak,
Abah,
Akak,
Abang,
Semuanya,
Tidakkah kalian tahu betapa daku merindui kalian?
Disini ku bersendirian,
Bagaimanakah kalian?
Sihatkah dikau disana?
Lenakah tidurmu tanpa bayangan anak mu ini?
Doakanlah daku supaya berehat dengan tenang disini,
Moga kita dipertemukan di syurga kelak,
Sayangnya daku kepada kalian tidak pernah pudar,
Egoku terlampau menggunung hingga sukar melafazkan kata kata sayangku kepada kalian,
Andaiku tahu bila tiba masaku,
Akan ku usahakan supaya kata kata sayangku teruah dihadapan mu terlebih dahulu,
Andai telah tiba masanya,
Maafkan daku jika tidak berkesempatan untuk melafazkannya.
Dengarlah dan Bacalah dengan hati yang terbuka,
Sesungguhnya daku sangat menyayangi mu semua.
Tetapi sayangku kepada kalian tidak melebihi cintaku kepada Allah dan Rasulku,
Maaf andai coretan ini membuatkan mu berasa sedih,
Maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengelap air matamu
Maafkan daku kerana telah mengguriiskan hatimu ketika ku masih hidup,
Maafkan anakmu,
Anakmu pergi dulu sebelum mu.
Maafkanku.
No comments:
Post a Comment