Assalamualaikum. Hai :)
As you know that part of me berkenaan dengan kawat *Kalau tahu* After 4 years 5 month 15 days and yet Im still counting. Jujur yang aku still lagi nak kawad even dah nak SPM. Dah macam habit buat aku. Makin hari makin cepat masa berlalu dan makin cepatlah aku meninggalkan alam persekolahan ni. Setiap langkah yang aku pijak. Terasa sangat tajam seolah olah ingin menarik aku balik ke dalamnya. Begitulah jugak perasaan ni. Sedih, kecewa, menangis, merana semuanya ada. Sayu hati nak meninggalkan kenangan yang tersimpan dalam sekolah ni. Kenangan yang tersimpan dalam hati ni. Kenangan yang tersimpan dalam sanubari ni. Ikatan yang terjalin sejak di permulaan sekolah lagi menunjukkan betapa utuhnya persahabatan ni. Yaaa, Walaupun hanya beberapa ketika kita bersama. Kenangan yang kita bina akan tetap bersemi dalam hati ni. Cewah, Kemain daku bermadah pujangga ;P bila time exam langsung hancusssss.
Salah seorang adik adik ni melafazkan kata kata yang sangat menyentuh perasaan aku. Tetapi disangkal oleh aku kerana bagi aku ia seolah olah aku tak menyayangi dorang walaupun dorang tahu hakikatnya.
Balqis menanyakan yang aku tak gembirakah bila dapat masuk ke peringkat negeri ni? Dan jujur aku cakap yang aku sangat sangat tak gembira. Sebab dekat sana aku takboleh nak kepoh kepoh macam dekat sekolah. Aku akan rasa sunyi sesunyinya. Sedih sangat bila dik adik ni tanya macam tu. Dorang menunjukkan dorang happy diluar tapi dalaman? Aku tahu perasaan dorang. Aku pun sedih, rasa berduka sangat. Even akak dah tunggu 4 tahun sekali pun. Bagi akak. Tanpa korang, ia sangat tak bermakna. Keceriaan yang korang selalu tunjukkan sangat bermakna. Kehebohan korang sememangnya menguji kesabaran akak. Tapi akak sabar je sebab akak tahu yang akak sayang korang. Kecik Besar Kecik Besar je akak tengok korang. Kadang kadang terlepas jugak amarah akak sebab taktahan. Tapi korang sabar je. Korang redha. Bila kita menang. Korang selalu cakap
"Tak sia sia kena marah dengan akak"
"Tak sia sia akak ajar kitorang"
Tak sia sia akak Maki kitorang"
"Tak sia sia kita berlatih sampai petang"
"Tak sia sia kena sekeh dengan akak"
Dan benda yang paling korang tak sukaaaaaaaaaaaa sekali
*Kawad Sekolah*
"Kalau kalah, Lari 10 padang, Sia sia lah korang kawad pagi petang kalau asyik kalah je"
*Kawad Daerah*
"Kalau kalah lari 20 padang!"
Tapi satu benda jee yang korang paling suka dengar
apadia?
nak tahu?
Makanan :)
Yaaaa, makanan lah yang korang paling suka dengar, terutamanya bila orang nak belanja. Amboihhhh, Itulah yang korang paling girang dengar kan? Kemain! Tapi semua tu akan jadi kenangan buat akak. Kenangan terindah dalam mendidik kita kita jadi satu platun yang berjaya :')
Okay. Adik kawad tadi ada bertanya yang akak happy ke tak kan?
Meh baca ni ye sayang?
Happy? Siapa tak happy bila dapat rapat dalam satu keluarga yang kecil tapi tak ternilai keindahan bersama sama korang? Dapat kenal dengan korang pun merupakan satu anugerah buat akak. Even kita dapat berkeluarga kejap je. Akak happy sangat dapat kenal korang. Sangat happy! Akak sayang sangat dengan korang macam keluarga sendiri. Akak pasti akan rindu bila kita makan bersuap suapan reramai. Subhanallah. Rindu sangat. Terutamanya bila sorang beli KFC sekotak. Mesti ramai mencelah dan time tulah, siapa nak makan adaaaa je tangan yang menyuapkan kan? Walaupun makanan sikit tapi kita share share. Walaupun kenkadang rasa macam dengki sikit dengan korang mesti akak tonyoh makanan dalam mulut korang ^^ Gerammm. Terutamanya Aina! Si mulut becok tuu. Hmmm. Akak terlalu sayangkan korang sebab korang sangat sangat annoying, ngenggada terutamanya azila, gedik terutamanya TK, biul terutamanya balqis, sengal abadi terutamanya Aina dan segala galanya. Semuanya lengkap! Korang sangat berharga. Permata buat sekolah. Takpernah dalam sejarah KP akak sehappy ni dalam KP yang lain. Jujur akak cakap. Korang senang diajak berunding. Senang sangat. Dan degil abadi! Akak sayang korang sangat sangat. Akak dah cuba buat yang terbaik untuk KP tahun ni. Yang penting korang kena jaga diri ya bila akak takda nanti. Maafkan akak sebab selalu sangat sakitkan hati korang. Akak harap sangat. Lepas akak takda nanti. Jangan sesekali korang putus hubungan ni. Keakraban kita kena kekal walaupun kita ni dalam keluarga yang kecik dan walaupun akak dah tinggalkan semua ni. Even kecik tapi keluarga ni sangat bermakna buat akak. Terima kasih sebab setia dengan akak sampai ke harini. Sayang korang. Lillahi taala.
Pst : Tolong abaikan kalau ada typo ke apa. Aku tulis ikut hati je. Bermadah pujangga bagai pulak en? Berjiwang bagai pulak amboi kemain kau huda! Hahahahaha okay perumpamaan pun macam hapee tah. So abaikan. Ayat, blog, semuanya hak aku. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment